Tuesday, May 19, 2009

Pengalaman ahli mematangkan Organisasi

Syarikat boleh berbangga mempunyai pekerja yang berpengetahuan luas serta cukup berpengalaman. Kebanyakan daripada mereka sudah berada di dalam industri ini lebih dari 10 tahun. Tidak hanya bersandarkan kelayakan akademik sahaja, para pekerja terutama para pengurus bahagiannya terbukti berpengalaman, mahir serta berupaya memberi perkhidmatan di tahap professional. Hubungan dua hala yang baik antara pihak pengurusan Rebung Emas Enterprise (REE) dengan para pegawai di jabatan kerajaan, NGO(s) mahupun swasta, memberi kelebihan kepada organisasi untuk memberikan hanya yang terbaik agar tahap kepuasan pelanggan dapat dimaksimakan. Dikepilkan beberapa keping gambar menceritakan pengalaman para pengurus bahagian sebelum dan selepas menyertai REE.







Wednesday, May 13, 2009

Harga Sewaan Khemah & Kelengkapan

1) Khemah 20' x 20' dengan Scallope ~ RM450.00 sehari
FULL SET:
+ Meja Bersegi + alas meja
+ Kerusi plastik
+ Lampu khemah
+ Kipas khemah

2) Khemah 20' x 20' (FULL SET) tanpa Scallope ~ RM400.00 sehari

3) Khemah 10' x 20' (KOSONG) ~ RM250.00 sehari

4) Kerusi plastik ~ RM1.00 seunit

5) Meja 3' x 3' + alas meja ~ RM5.00 seunit

6) Meja Bulat (8 orang) + alas meja ~ RM8.00 seunit

7) Meja Bulat (10 orang) + alas meja ~ RM10.00 seunit

8) Kerusi Bankuet (KOSONG) ~ RM8.00 seunit

9) Kerusi Bankuet + sarung + reben ~ RM14.00 seunit

10) Skirting ~ RM15.00 seunit

* Selain di sewa, khemah, meja serta kerusi juga turut dijual

Hubungi Kami

Mohd Anuar Bin Haji Abdul Aziz
Pengarah Urusan (HP : 019 549 4900)
E-mail :
anuaraziz@yahoo.com

Mohd Ali Bin Haji Din
Pengurus Komunikasi Pemasaran (H/P : 016 480 8189)
E-mail :
mdali_marcom@yahoo.com
Puan Lynn Bt Zubir
Travel Consultant (T/Bimbit : 012 406 4804)
Suhairee Bin Che Said
Pengurus Pentadbiran & Operasi (H/P : 017 419 1413)
Alamat:

Bangunan Haji Abdul Aziz, F 324-A, Jalan Seberang Terus 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Malaysia. Tel/ Fax: +604 437 6008

E-mail : rebungemasent@yahoo.com
Blog : http//:
http://www.rebungemas.blogspot.com/

Album Aktiviti & Program 3

Program Ceramah Motivasi

Kursus Kejurulatihan

Juadah enak disajikan di sepanjang program



Album Aktiviti & Program 2

"Waduh, guano kawe gayat pulok nih!"
"Eh, apesal kaki den lombek somacam jer"

"Pegang tali ni, jerit aaaaAAAaaaAAA! Macam Tarzan, faham?"

"Kha-kha..kih-kih..kua-kua.. Eh helloo, kak ingat main redah banjir kat kampung akak ke?"

"Ya ampun, ko telan lembu ker pagi tadi Nab oii?"

Antara halangan paling mncabar. So, AWAS berat badan anda.

"Hok aloh, mudoh nar halange nih. Kawe jale' sambil peje' mato"







Tuesday, May 12, 2009

Album Aktiviti & Program 1

Dipamerkan di sini gambar-gambar yang dirakam ketika berlangsungnya beberapa program. Antaranya Kem Jatidiri dan Kesukarelawan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Program Kecemerlangan Agama Islam Modal Insan Islam Hadhari Negeri Kedah, Kem Generasi Gemilang Pulau Pinang, Team Building AADK Perlis, Kontrak Pembersihan Kawasan KEMAS, Daerah Padang Terap dan sebagainya. Tengok ler sendiri yer...ada gak yang lucu...muakaka..

Banner kem & kawasan perkhemahan

"Haiya! Lu olang aa, jangan tolak-tolak
aa. Nanti lu jatuh aa, susah celita oo..

"Baris! Barisss Sedia! Sennanng Dri!
Eh yang ko senyum tu pesal?"


"Abang, lepas ni pinjam set ni wat
panjat pokok kelapa boleh ke bang?"


Anak Syarikat, Aktiviti dan Program

Bermula dengan Rebung Emas Enterprise (REE) ~ Reg. No: AS 0276021-A yang menjadi peneraju dalam ekonomi syarikat, kini syarikat telah melebarkan sayapnya dengan penubuhan dua lagi syarikat naungannya iaitu Asiatune Travel & Tours Sdn Bhd (ATTSB) ~ Reg. No: 781099-H dan Rebung Emas Event and Management (REEM) ~ Reg. No: AS 0284612-T. Para pelanggan REE kebanyakannya terdiri daripada pihak kerajaan dan badan-badan korporat yang mana urusannya melibatkan proses tender, legislatif, protokol, LO dan sebagainya terutamanya bila berhubungan dengan pihak Kerajaan Negeri, Kementerian, DUN dan sebagainya. Boleh dikatakan REE memang berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan dengan pihak-pihak tersebut. REE juga bertangungjawab menyelia pasukan pembersihan kawasan lanskap dan bangunan yang kini berkhidmat di KEMAS Bandar Baru serta KEMAS Padang Terap dan beberapa kawasan lain.

Manakala pasukan Penyedian Makanan & Minumannya pula yang dikenali sebagai "D'Kenduri Catering" aktif menyediakan perkhidmatan kepada kepada mereka-mereka yang ingin mengadakan majlis-majlis keraian, kenduri kahwin dan sebagainya REE sedia membantu. Pakej yang disediakan termasuklah sewa khemah, kerusi dan meja, banqueting, hiasan pelamin, Sistem P.A, live band dan banyak lagi. Bak kata Tok Wan " Macam-Macam Adaa.."

Aktiviti dan program ATTSB pula lebih fokus kepada industri pelancongan tempatan. Ini melibatkan urusan tempahan bilik penginapan, mesyuarat dan seminar, pengangkutan pelancong, pemandu pelancong, tawaran pakej-pakej percutian
dengan usahasama beberapa hotel terkemuka hinggalah ke penginapan bajet. Bagi pakej-pakej berkumpulan, tidak lengkap kiranya tidak disertakan program-program fizikal seperti telematch, survival camp, fire camp, water confident dan sebagainya. So, dah bersedia untuk pergi bercuti? Bercutilah ke destinasi menarik di dalam negara yer. Hubungi pegawai bertugas kami di talian (04) 437 6008.

Manakala REEM pula lebih memberi perhatian kepada usaha merangka, mengkaji, melaksana serta menilai program-program baru yang telah atau akan dijalankan. Program-program yang bersifat usahasama, program amal, konsert mini, pertandingan atau kejohanan, sukan rakyat, karnival, ekspo, pameran dan sebagainnya. Kebanyakan program REEM melibatkan Kementerian ataupun Majlis Daerah sesuatu kawasan. Perancangan sesuatu projek termasuklah penyediaan kertas kerja, kajian keberuntungan (kos & hasil), kajian lokasi serta cadangan tapak, urusan PBT, legislatif, arkitek & kontraktor (jika perlu), mendapatkan penaja, mencari publisiti melalui pengiklanan dan promosi di media cetak dan elektronik hinggalah ke urusan perlaksanaannya. Untuk melihat gambar-gambar kenangan dari aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh ATTSB, REE dan REEM, sila klik pautan "Album Aktiviti & Program". Enjoy!

Orang Kuat Syarikat

Rebung Emas Enterprise diketuai oleh Encik Mohd Anuar Bin Haji Abdul Aziz selaku Pengarah Urusan (MD). Muda lagi orangnya. Baru berusia 36 tahun. Tapi maaf ekk dah kawin pun. Banyak pengalaman pahit maung terpaksa beliau tempuhi sebelum bergelar usahawan muda. Pelajar UNITEM (OUM) jurusan Pengurusan Sumber Manusia ini bermula sebagai pembantu resident artist di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi sebelum menjadi Pembantu Pengurus Gudang dan Logistik di Asiankape Retail & Consultancy Sdn Bhd, Langkawi. Kemudian berubah ke Construction company di Johor sebagai Site Work Clerk sebelum bertugas sebagai Instruktor PLKN. Akhirnya kerjaya beliau terus berkembang di DMRSB, Kuala Nerang selaku Pengurus. Namun minat membuka perniagaan sendiri menjadi titik tolak sehingga beliau berada ditahap ini. Syabas Bos!

Penubuhan syarikat juga tiada serinya tanpa adanya penolong cantik manis ini. Isteri MD ler sapa lagi, Puan Ikhtisyam bt Mohd Nasir. Beliau menyelia akaun syarikat, urusan audit, menyelia pasukan pembersihan kawasan di samping juga sibuk menyelia puteri sulong mereka Auni Khayra.
Turun naik perjalanan syarikat ini juga tidak lekang dengan tempias keadaan ekonomi negara yang kekadang tu maleh den nak cito. Tapi dengan kehadiran otai syarikat yang masih bujang, Encik Suhairee Bin Che Said selaku Pengurus Pentadbiran dan Operasi banyak juga memberi idea-idea bernas dalam susunatur percaturan perjalanan syarikat. Merupakan graduan UTM, lulusan Diploma in Landscape Design, beliau senantiasa cool semacam jerr tapi dalam pada itu tetap tegas malah berani mengketengah pelbagai idea baru untuk syarikat terus beraksi di arena business yang mencabar ini. Pssst-pssst, Encik Suhairee ni pandai nyanyi tau, berbakat dalam penulisan skrip dan berpengalaman di studio rakaman.

Kini suasana syarikat bertambah ceria dan idea-idea baru semakin rancak dirancang apabila Encik Md Ali Bin Din ditawar memegang jawatan Pengurus Komunikasi dan Pemasaran syarikat. Merupakan bekas graduan UKM lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA Hons.) berusia 35 tahun. Kahwin? Ye Kerr!.. Emm dah kawin le tuh. Beliau pernah bertugas sebagai Pembantu Sumber Manusia, Eksekutif Komunikasi Pemasaran di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Pengurus Sari Alami Spa, Eksekutif Jualan & Pemasaran produk nutraceuticals di Koch Nutrition serta Pengurus Operasi Alu-Alu International Sdn Bhd. Detail orangnya, bila bercakap susah berhenti tapi bila start buat kerja, mula la lupa diri... bukan apa, kusyuk!

Urusan teknikal pula diselia oleh Encik Mohd Saiful Bin Saadludin, bekas graduan UTM lulusan Diploma Kejuruteraan Awam. Tegas orangnya tapi jangan terkezut, beliau mudah dibawa berbincang. Manakala di bahagian Pembersihan pula, ada 5 orang pembantu am serta 2 pemandu GDL yang melancarkan lagi urusan seharian syarikat.

Profail Syarikat

Rebung Emas Enterprise (REE) adalah salah sebuah syarikat milik Bumiputra sepenuhnya. Ia telah di daftarkan pada 13hb September 2005 di alamat No. 8 Arked Kota Kuala Muda, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Pada 23hb September 2008 syarikat ini telah berpindah ke bangunan sendiri di alamat: Bangunan Haji Abdul Aziz, F 324, Jalan Seberang Terus, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Semenjak ia di tubuhkan syarikat ini telah menjalankan pelbagai aktiviti perkhidmatan membaik pulih dan selenggaraan, menjadi perunding latihan fizikal seperti Kem Bina Semangat, Kursus Kejurulatihan, PLKN dsbg, kerja-kerja landskap, mengambil tempahan uniform dan t-shirt, alat tulis, kontrak mencuci dan membersih kawasan serta bangunan, membekal bahan mentah, menjual, menyewa dan memasang kanopi, menguruskan majlis rasmi, parti persendirian, penternakan, pertanian, pengangkutan, memasak serta penjualan makanan (katering).

Syarikat ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada syarikat-syarikat swasta dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pembekalan. Malah semenjak di tubuhkan syarikat ini juga mendapat khidmat nasihat daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Pdg Terap, Majlis Daerah Padang Terap, Pejabat Penghulu Mukim, Pusat Khidmat Parlimen dan ADUN, Kementerian Pertanian ( NATC ) Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Jabatan Haiwan, Jabatan Belia dan orang perseorangan.
Kenapa memilih nama REBUNG Emas Enterprise? Emmm... Errr... menurut kata big boss, sebelum menjadi pohon buluh dengan ruas-ruas yang keras, ianya bermula dari rebung yang lembut dan rapuh. Rebung emas adalah antara rebung yang menjadi rebutan dan boleh menjadi sumber rezeki yang tidak pernah putus. Kata orang "makin banyak rebung tumbuh, makin besar rumpun buluh, makin rapat buluh seiring, makin kuat pasir di tebing". Oleh sebab itulah nama Rebung dipilih. Moga-moga perjalanan syarikat menurut adat resminya. Sepanjang perjalanan ke pejabat urusan REE, di kiri dan kanan jalan, pemandangan sawah padi yang menghijau seluas mata memandang. Aduh! betul-betul mendamaikan. MasyaAllah, indah sungguh ciptaan-Nya.