Tuesday, May 12, 2009

Profail Syarikat

Rebung Emas Enterprise (REE) adalah salah sebuah syarikat milik Bumiputra sepenuhnya. Ia telah di daftarkan pada 13hb September 2005 di alamat No. 8 Arked Kota Kuala Muda, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Pada 23hb September 2008 syarikat ini telah berpindah ke bangunan sendiri di alamat: Bangunan Haji Abdul Aziz, F 324, Jalan Seberang Terus, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Semenjak ia di tubuhkan syarikat ini telah menjalankan pelbagai aktiviti perkhidmatan membaik pulih dan selenggaraan, menjadi perunding latihan fizikal seperti Kem Bina Semangat, Kursus Kejurulatihan, PLKN dsbg, kerja-kerja landskap, mengambil tempahan uniform dan t-shirt, alat tulis, kontrak mencuci dan membersih kawasan serta bangunan, membekal bahan mentah, menjual, menyewa dan memasang kanopi, menguruskan majlis rasmi, parti persendirian, penternakan, pertanian, pengangkutan, memasak serta penjualan makanan (katering).

Syarikat ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada syarikat-syarikat swasta dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pembekalan. Malah semenjak di tubuhkan syarikat ini juga mendapat khidmat nasihat daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Pdg Terap, Majlis Daerah Padang Terap, Pejabat Penghulu Mukim, Pusat Khidmat Parlimen dan ADUN, Kementerian Pertanian ( NATC ) Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Jabatan Haiwan, Jabatan Belia dan orang perseorangan.
Kenapa memilih nama REBUNG Emas Enterprise? Emmm... Errr... menurut kata big boss, sebelum menjadi pohon buluh dengan ruas-ruas yang keras, ianya bermula dari rebung yang lembut dan rapuh. Rebung emas adalah antara rebung yang menjadi rebutan dan boleh menjadi sumber rezeki yang tidak pernah putus. Kata orang "makin banyak rebung tumbuh, makin besar rumpun buluh, makin rapat buluh seiring, makin kuat pasir di tebing". Oleh sebab itulah nama Rebung dipilih. Moga-moga perjalanan syarikat menurut adat resminya. Sepanjang perjalanan ke pejabat urusan REE, di kiri dan kanan jalan, pemandangan sawah padi yang menghijau seluas mata memandang. Aduh! betul-betul mendamaikan. MasyaAllah, indah sungguh ciptaan-Nya.







No comments:

Post a Comment